Sejak kebelakangan ini banyak kes yang melibatkan syarikat kurier apabila barang yang dipos oleh pelanggan telah hilang ataupun dicuri. Bila membuat aduan pada syarikat kurier tersebut, adakalanya syarikat seolah-olah mahu lepas tangan. Cara paling mudah syarikat suruh isi borang ‘claim’ untuk ganti rugi, namun barang yang hilang atau rosak harganya sangat mahal sedangkan tuntutan ganti rugi hanya boleh dapat sekitar RM100 hingga RM300 sahaja. Namun tahukah anda jika anda membuat laporan pada SKMM anda boleh membuat tuntutan sehingga RM5000? Berbincanglah dengan baik dengan syarikat kurier terlebih dahulu, namun jika anda masih tidak puas hati, cara terakhir adalah membuat laporan pada SKMM di https://aduan.skmm.gov.my/ Sumber : PPIM




